..sepanjang laluan ini..

masih berjalan.mencari rentak sebenar kehidupan..
tapi masih di daerah usang ini.aku masih berjalan..


inilah hidup.satu jalan lurus untuk kita lalui.satu jalan yang sama untuk setiap insan.yang beza,cuma bagaimana kita mewarnai jalan tersebut.adakah inginkan kebebasan bersendirian,atau berteman.itu hak kita untuk memilih.

bagiku,ada masanya kita perlu menyepi.bersendiri..


bersendiri dalam meladeni kehidupan sendiri.menyepi dari segala telatah dan keletah insan yang menemani kita dalam hidup ini.bukan membenci,tapi..sekadar inginkan ruang untuk diri..

bagiku,ada masanya kita perlu berteman.perlu jua untuk mencorakkan jalan kita dengan warna-warna pengalaman.teman inilah yang membantu kita mencorakkan jalan kita dengan pengalaman.cuma,kita masih belum pasti sama ada warna-warna yang dicurahkan itu menyenangkan kita ataupun tidak.tersilap langkah,teman sendiri yang akan mencalitkan kekotoran untuk kita.minta dijauhi insan-insan seperti ini.

kadang-kala juga,kita perlu berhenti berjalan.menoleh sejenak ke belakang..



melihat kembali apa yang telah berlaku serta apa yang telah kita lakukan sepanjang laluan yang telah kita tempuh.tidak salah andai sesekali kita menilai kembali keindahan serta kekotoran yang tercalit di laluan kita.cuma,setelah menoleh,jangan sesekali kita kembali ke titik yang telah kita lalui sebelum ini.biarkan sahaja ia berlalu..

apa yang penting,mulakan setiap langkah dengan keyakinan dan tenang jiwa.dongak ke hadapan.semoga kita semua mengakhiri laluan kita dengan kejayaan dan kebahagiaan.doaku...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: